Hai-O

Hai-O
Hai-O My Choice For Life

1/29/2010

Badan dah gemuk, suami menjeling...


Nikmati & kekalkan kesihatan tubuh anda dengan Premium Beautiful
Premium Beautiful merupakan baju langsing yang dapat membantu wanita atau lelaki yang mengalami masalah berat badan untuk mencapai berat badan yang ideal.
Berbeza dengan set corset yang lain, Premium Beautiful disulami dengan fabric yang mesra air (Akwatek & Akwadyne) serta sinar infra merah yang berfungsi untuk memaksimakan proses pengekalan kesihatan anda.

Mengapa perlu pilih Premium Beautiful?
Faktor 1:
Fabrik dilengkapi sulaman infra red berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dalam tubuh anda melalui proses keseimbangan suhu dalam badan. Ini berkaitan secara langsung untuk proses penurunan berat badan melalui peningkatan tahap metabolisme.
Faktor 2:
Harga mampu milik bagi semua wanita. Ansuran tanpa faedah bagi mereka yang berminat.
Faktor 3:
Sesuai untuk semua golongan lelaki atau perempuan.
Faktor 4:
Mudah dan selesa dipakai kerana daya fleksibeliti kain serta kuasa serapan yang baik menjadikan ia sesuai dipakai sepanjang hari, walaupun ketika anda tidur.
Faktor 5:
Rekabentuk yang direka mengikut bentuk badan anda membantu anda mendapatkan pinggang yang ramping dan kontur tubuh yang betul kerana diiktiraf pakar tulang belakang Jerman dan Amerika Syarikat.
Faktor 6:
Mengembalikan keyakinan dan kesihatan anda kerana ia mampu menyembuhkan penyakit minor wanita iaitu senggugut, gastrik, sakit tulang belakang dan keputihan.
Faktor 7:
Mengembalikan keyakinan para ibu terutamanya yang sudah lama berumahtangga untuk mendapatkan kulit yang kenyal terutamanya bahagian payudara dan bentuk tubuh yang menarik seperti anak dara. Suami anda bakal merasai perubahannya!
Faktor 8:
Mudah dibersihkan dan tidak berbau.
Faktor 9:
Diiktiraf kerana menerima anugerah Superbrand.

Belum cuba, belum tahu...kalau nak rasa betul ke tidak apa yang dikatakan di atas, silalah call untuk sesi percubaan percuma...jangan terlepas peluang ini!

1/27/2010

Toyota Wish..I wish I can buy Wish...

Bulan Julai 2009 meninggalkan memori paling manis dalam hidup aku. Melangkah masuk ke dalam showroom kereta mewah adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam fikiran aku sejak dilahirkan. Namun, cita-cita masih ada. Tak sangka dengan doa berterusan serta usaha yang jitu, alhamdulillah..dapat juga saya merasa memiliki kereta MPV Toyota Wish.

Duduk di dalam kereta itu sudah terasa auranya. Suami yang pertama kali bawa keluar dan memandu Wish tiba-tiba memberi peluang kepada saya untuk memandu ke rumah....menitis air mata kegembiraan sewaktu menjejak pedal minyak.

Merenung kembali sewaktu berurusan dengan jurujual berbangsa cina di showroom itu. "Encik mahu beli kereta apa?"."Mahu tengok saja...Toyota Wish ini berapa harga?"..jawab suamiku sambil tersenyum.

Sambil meneruskan perbincangan, saya terlihat satu pasangan Melayu suami dan isteri yang juga turut sedang meninjau Toyota Wish white pearl 2.0. Lalu saya bertanya pada isterinya, "Puan beli kereta apa?" ..."Wish yang hujung tu, dah bayar semua. Minggu depan boleh ambillah", katanya. Aku bertanya lagi,"Kerja kat mana?".
"Mengajar"..jawabnya...kami sama-sama tersenyum...bunyinya macam sama dengan niat kami....Lalu tanpa buang masa aku tanya lagi untuk dapatkan klu yang lebih tepat..."Tempah plat ke? Hujungnya no apa?". Dia menjawab sambil tersenyum lagi "369". Kami sama-sama ketawa dan berkata.."Samalah..sekapal la kita ni..".Sambil bersalaman dan berkongsi cerita, jurujual cina tersebut datang dan berkata, " Kalau orang melayu yang datang mahu beli kereta mewah haa..mesti orang Hai-O punya. Semalam saya baru lepas jual BMW 5series sama itu Hai-O punya orang....

Suami excited mendengarnya seakan tidak percaya lalu bertanya lagi kepada cina tersebut."Boleh saya booking dengan slip bonus Hai-O ka?", suami ku menunjukkan slip 3 bulan bonus miliknya kepada jurujual tersebut. Cina itu berkata, "Kalau ini macam...boleh looorr..Itu tadi punya couple pun 3 bulan punya RM30k loo....".

Hebat,kan...saya belum la sampai tahap tu lagi..tapi insyallah..bakal ke situ juga...

---Berjumpa di Puncak Kejayaan---
Assalamualaikum

Total Pageviews