Salam...saja ingin berkongsi kisah wanita. Bahaya kepada mereka yang giler facebook. Semua benda nak di
share dalam facebook buat tatapan semua orang. Kalau tak berfacebook..tak
'up-to-date' ler. Ada baik, ada buruknya menggunakan media sosial ni. Tapi
jangan sampai terlalu leka hingga diri sendiri merana.
Dalam bingkisan Nona
minggu lepas 8 Januari 2012 yang dipengacarakan oleh FAFAU mengupas kisah
wanita yang sering menjadi keldai DADAH. Ada seorang ibu yang sanggup menjual
dadah / jadi pusher yang didalangi teman lelakinya semata-mata untuk DUIT. Yang
sedihnya, semasa wawancara itu dia turut menangis sambil mendukung bayinya yang
sedang tidur apabila mengetahui bahawa dia mungkin menerima hukuman ke tali
gantung….siapa yang akan menjaga anaknya itu?
Kisah kedua pula seorang
janda yang sudah menerima 4 tahun penjara di PERU kerana terperangkap dengan ‘Awang
Hitam’ sebagai teman lelakinya yg menyuruhnya menghantar dokumen ke PERU.
Sebaik saja ingin pulang ke Malaysia dia ditahan di Airport dan pihak berkuasa
PERU mendapati terdapat 5kg dadah di dalam bagasinya. Kisah macam ni selalu
kita dengar tapi kenapa masih ada yang terjebak???
Dari pengamatan dan
bacaan saya, semua wanita yang terjebak dengan masalah ini adalah WANITA YANG
TAK CANTIK, GEMUK, SUDAH BERCERAI DAN TIADA KEYAKINAN DIRI. Saya berpendapat
macam ni sebab wanita seperti inilah yang selalunya mencari teman di dalam
internet jika kesunyian dan kesempitan. Sedih bila lihat anak remaja di IPT
juga terperangkap dengan perkara ini hanya kerana BUTA DUIT.
Pesanan saya sebagai
seorang wanita dan ibu, seharusnya kita perlu kuat sebagai insan yang mampu
mengubah taraf ekonomi negara. Daripada wanita terjebak dengan gejala sosial, lebih
baiklah kita berkecimpung dalam dunia perniagaan. Rata-rata wanita jika
berniaga, ‘winning power’ lebih banyak memihak kepada kita.
Buka mata, buka minda dan
cubalah buka jalan untuk berniaga terutamanya perniagaan yang melibatkan
kecantikan.
PREMIUM BEAUTIFUL bakal
membantu anda melakar sejarah dalam hidup anda kerana ia mampu memberikan
keyakinan, kecantikan, kesihatan dan kekayaan. Jom join team kami dan segala
pertanyaan anda bakal terjawab….
Free consultation 013-3333095
Mulakan selangkah ke depan untuk Kegemilangan 2012!!
Chaiyuk!!!