Hai-O

Hai-O
Hai-O My Choice For Life
Showing posts with label BIO-AURA. Show all posts
Showing posts with label BIO-AURA. Show all posts

2/27/2012

ROTAVIRUS - Pantau Kualiti Air, Kurangkan risiko jangkitan dengan Penapis Bio Aura

2 minggu lepas saya pulang ke kampung mertua dan terlintas difikiran untuk mengetahui tentang sumber air yang orang kampung gunakan untuk keperluan harian mereka tu datangnya dari mana. Rupa-rupanya dari Paip Luar Bandar yang diberikan percuma kepada penduduk kawasan tersebut dan sumbernya diperolehi daripada Lata Kabu. Maknanya air tersebut tidak dirawat dan saya mula terfikir bahawa betapa bahayanya jika ia dibuat untuk minuman dan masakan sekiranya tiada penapisan dari sumbernya sendiri.

Aduhai...nasib baiklah kawasan rumah mak mertua menggunakan paip air Lembaga Air Perak. Apa yang bermain di fikiran saya ialah bagaimana kita boleh kompromi dengan kesihatan demi wang ringgit...sanggup ker kita berikan air yang tidak bertapis itu untuk buat air susu anak-anak, minuman kepada suami dan lebih-lebih lagi untuk kegunaan orang tua kita????

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan virus ROTAVIRUS yang menular di Perak terutamanya kawasan Hilir Perak dan Batang Padang. 2 kematian dah dikenalpasti melibatkan bayi berusia 10 bulan dan 2 bulan dilaporkan berlaku kerana cirit-birit dan muntah-muntah. Kematian dipercayai berpunca daripada renjatan akibat kekurangan air dalam badan.

Penyakit ini disyaki berpunca dari pencemaran AIR

Aiii..Kalau dah terang lagi nyata banyak penyakit puncanya dari pencemaran air, kenapa kita nak nafikan lagi kepentingan penapis air di rumah kita. Buang rasa ego, buangkan rasa gusar, jangan fikir lagi...dapatkan je satu penapis Bio Aura untuk dipasang dirumah. Kalau nak berkira sangat dengan harga penapis ini, nak ker kita bayar harga kos hospital yang makin tinggi hanya untuk rawatan penyakit berpunca dari pencemaran air macam ni?

ATAU

Dr Mah melawat pesakit di Hospital Tapah dipercayai akibat
jangkitan wabak AGE bawaan virus Rotavirus
Renungkanlah....jangan fikirkan RM sebagai kos, tetapi fikirkan ia sebagai pelaburan mencegah penyakit berjangkit bagi orang yang tersayang......

2/17/2011

Minum Air Paip pun tak apa......tapi biarlah dengan Bio Aura

Umum pasti mengetahui kepentingan air dalam kehidupan manusia. Bukan sahaja air digunakan sebagai minuman, tetapi air juga sangat diperlukan untuk memenuhi keperluan harian manusia sejagat.


Di sini diberikan beberapa fakta yang menyebabkan mengapa air penting untuk manusia:
  1. Air penting untuk kehidupan
  2. Air berada di sekeliling kita termasuk di udara dan tanah. Ia terdapat di dalam susu, sayuran, buah-buahan, daging, daun, akar dan termasuklah dalam batu.
  3. Air digunakan dalam banyak perkara:
    • Untuk minuman - manusia harus minum 8 gelas sehari untuk kekal sihat
    • Untuk basuhan - pinggan mangkuk, kereta, baju, dan mandi mengikut keperluan.
    • Memasak 
    • Meredakan kebakaran
    • Siram tanaman / hidupan dalam air (ikan)
Dari semua senarai di atas, 4/5 daripadanya memerlukan air yang bersih. Namun, apa yang lebih menjadi perhatian kita di sini ialah sejauh mana kebersihan air minuman seharian kita mampu menjamin tahap kesihatan yang berpanjangan?

Mengapa? Kerana nutrien yang paling penting di dalam tubh manusia ialah AIR. Secara puratanya manusia hanya boleh hidup tanpa air dalam tempoh 3-5 hari tanpa air. Otak dan otot manusia merupakan 75% kandungannya adalah air. Fungsi air dalam tubuh manusia ialah membawa nutrien ke dalam sel dalam tubuh badan kita, sebagai perantara bagi peredaran darah dan pencernaan, serta membantu untuk menyingkirkan bahan buangan seperti asid laktik, urea, asid urik dan ammonia.


Namun, jika air yang kita minum adalah dari bahan yang tercemar atau tiada nutrien, bagaimana fungsi penyingkiran toksik ini dapat dilakukan dengan baik berdasarkan tahap kesihatan manusia mengikut umur?

Mungkin kita sudah biasa minum air paip yang dimasak. Tetapi tahukah anda bahawa air dari paip itu mengandungi klorin, mendapan karat, kotoran, bahan kimia dan bakteria? Memasak air paip ke suhu didih hanya mampu mematikan kuman dan bakteria, tetapi bagaimana untuk menyingkirkan kotoran dan bahan2 tercemar yg lain?

Bagi orang dewasa seperti kita mungkin TIDAK APA….tapi air ini jugalah yang anda gunakan untuk membancuh air susu anak anda…...RENUNG-RENUNGKAN.


Memang minum air paip tak apa, tapi biarlah bertapis dan bermineral....
Apa sifat penapis air yang baik?

  1. TIDAK MENGGUNAKAN TENGA ELEKTRIK
  2. MINERAL SECARA SEMULAJADI
  3. TIADA KANDUNGAN LOGAM BERAT DAN KLORIN BERLEBIHAN
  4. BERSIFAT ALKALI
  5. OKSIGEN YANG TINGGI
MENGAPA MEMILIH BIO-AURA? 
  1. SISTEM PENAPIS AIR BERTEKNOLOGI NANO
  2. MEMBEKALKAN OKSIGEN YG TINGGI KE DALAM TUBUH
  3. BERALKALI DENGAN PH>8
  4. MENGANDUNGI MINERAL YANG DIPERLUKAN DALAM BADAN
  5. MENGANDUNGI TENAGA YANG TINGGI
Penapis air mampu milik rakyat Malaysia. Kaedah bayaran fleksibel mengikut kemampuan anda. Pilih kaedah bayaran dan penghantaran percuma ke rumah anda.

Harga pasaran: RM2080.

Hubungi saya untuk rundingan percuma.

Total Pageviews