Hai-O

Hai-O
Hai-O My Choice For Life
Showing posts with label bengkung Premium Beautiful. Show all posts
Showing posts with label bengkung Premium Beautiful. Show all posts

6/25/2012

Kenapa Short Bra Premium Beautiful Bagus Berbanding Normal Bra?

Memanglah kalau kita beli bra jenama biasa kita boleh pilih yang mana cantik dan ber-renda-renda dan boleh beli sepuluh berbanding dengan membeli Short Bra Premium Beautiful. Tapi, kelebihan Short Bra Premium Beautiful dari Hai-O Marketing adalah 10 kali ganda berbanding bra biasa.

Cer cuba tengok gambar ni:

Secara rawaknya apa yang kita boleh nampak berdasarkan gambo ini ialah:
  • Full cup - tak ada lagi masalah breast terkeluar dari paksi bagi wanita yang mempunyai daging dan isi yang banyak kat bahagian dada..:-)
  • Melekap di badan dengan bahagian tepi menampung lebihan lemak bawah ketiak. Takderlah menggeleber je isi dada sampai melempah ke tepi.
  • Tali bra yang lebar - fuhh!!! rasa confident jer kalau melompat bagi yang aktif bersukan sebab ia menampung KUAT jika berlaku gegaran. Heheh...betul! I dah pakai masa main badminton buat smash kencang!!!
  • Lace yang cantik menampilkan ciri-ciri ekslusif bra ini untuk penampilan anggun seorang wanita.
  • Fabrik kuasa serapan optimum menyerap peluh dan telus udara. Konfem tak panas dan boleh pakai seharian. Ini terbukti sebab saya express breastmilk tapi tidak melekit dan tidak busuk.
  • Didatangkan dengan kotak eksklusif...tengok gambar...ini saya beli untuk keselesaan supaya lagi memantopkan pengeluaran susu yang dipam di pejabat..Terbukti berkesan nih!!!
 
JOM PAKAT-PAKAT BELI..
Tak mampu??? 
Aikk...yang kita beli bra biasa selalunya harga lebih kurang RM30. Kemudian tukar beli baru 3 kali setahun X 3 tahun (maksimum jangka hayat bra biasa)..
Hah.. tu tak ker kira lagi mahal sebab dah spent RM180...lepas tu POMMMM masuk tong sampah...lagi rugi wooooo....

9/26/2011

Bagaimana Nak Ukur Saiz Premium Beautiful Anda Jika Sedang Mengandung?

Ha........saya banyak diberikan soalan macam ni oleh wanita yang TERINGIN nak pakai Premium Beautiful. Sebenarnya kita memang teringin nak pakai, tapi segan nak tanya..aha…..


“Saya tengah pregnant tapi macamana nak ambik ukuran PB?”

Senang jer….tunggu pregnant 6-7 bulan adalah masa yang sesuai untuk mengambil ukuran puncak dada, bawah dada dan pinggul kerana masa inilah yang paling tepat bagaimana saiz tubuh anda selepas bersalin dan di dalam pantang. Bila dah dapat tahu saiz, barulah senang nak maintain semula bentuk badan asal anda...
KENAPA EKKK!!? 
Semasa berpantang, tubuh anda akan menjadi lembut dan jika dibiarkan sahaja tanpa 'Pagar" yang menjadi sempadan setiap otot, maka ia akan kekal berbentuk sebegitu walaupun selepas anak berumur setahun. Masa yang paling sesuai untuk anda berusaha mendapatkan bentuk badan yang cantik ialah dalam tempoh 1-6 bulan selepas bersalin.

Bila boleh  mula memakai Premium Beautiful selepas bersalin??

Kalau bersalin normal, hari ke-7 hingga hari ke-10 anda sudah boleh mula memakai PB. Tapi bagi yang bersalin secara pembedahan seperti saya, tempoh yang paling sesuai ialah hari ke-14 hingga hari ke-30 mengikut kemampuan dan tahap kesihatan anda. Walau bagaimanapun, sila minta nasihat doktor anda terlebih dahulu.

Bila boleh nampak kesannya?

Jika konsisten pakai setiap hari hingga 8 jam, cara pemakaian pun betul, kita boleh dapat tengok kesannya dalam masa 6 bulan bergantung kepada bentuk badan kita.

Setakat ini, pakaian dalam pembentukan badan yang paling popular dan terjamin kualiti seumur hidup, inilah satu-satunya. Rebet pun dapat, set PB pun dapat, ansuran pun boleh, apa lagi yang you all nak tunggu? Beri ukuran segera dan saya berikan quotationnya...Tengok, cuba dan rasailah kehebatannya...

7/30/2011

Boleh Pakai Bengkung Lepas Bersalin C-Sec?

Baru lepas bersalin melalui pembedahan?? Kronologi sebenar kehebatan Premium Beautiful terbongkar!!!

Gambar sekadar hiasan. Bukan I punya, credit to Mr Google.
Para ibu dan bapa sekalian, tahukah bagaimana rupanya parut bersalin caeserian?

Hari ni genap 60 hari saya bersalin secara caeserian. Baby selamat dan alhamdulillah saya juga sihat. Buat pertama kali saya melahirkan bayi ikut 'tingkap', merupakan pengalaman yang mengerikan dan mengujakan. Setelah 2 orang anakku dilahirkan secara normal, tidak sangka kali ini memberikan pengalaman yang berbeza untuk saya. 

Pada mulanya saya rasa sangat bersedia untuk masuk ke bilik labor kerana tarikh telah diberikan oleh doktor seminggu sebelum tarikh saya melahirkan 1 Jun 2011. Setelah selesai mendaftar masuk wad di Ipoh Specialist Hospital KPJ, saya masuk bilik bersalin untuk menunggu saat kelahiran pada jam 10.00 pagi. Pada ketika itu hanya terasa mild contraction saja dan doktor pun pecahkan air ketuban dan masukkan air melalui tiub di belakang tangan saya (induce). 

Mengikut pengalaman lepas,saya hanya perlukan 4 jam selepas induce untuk mengeluarkan baby. Malangnya bukaan pada jam 2 petang masih 3cm. Saya hairan namun tetap terus berdoa supaya dipermudahkan oleh-Nya. Yang menambahkan pilu hati saya, anak sulung saya Nur Insyirah menunggu dengan penuh sabar di luar bilik bersalin tanpa mama dan papanya. Dia nak ikut tengok mama bersalin dan jadi orang pertama yang tengok baby, katanya. Papa nak hantar dia balik tapi dia enggan dan masih menunggu hingga jam 5 ptg.

Jam 5 ptg, bukaan serviks masih tidak banyak progres, 5cm dan mulai berhenti untuk bertambah. Sakit contraction semakin kuat kerana sudah 2 botol air ditukar nurse dan 2 suntikan sedatif untuk tahan sakit diberikan. Surah Yasin sudah kubaca 3 kali walaupun dalam keadaan sangat sakit sehingga tidak keluar suara dan peluh menitik-nitik di dalam bilik air-cond. Suami tetap setia memberikan sokongan dan bantu saya untuk sedut gas masa contraction datang setiap 2 minit.

Jam 7.30 malam, tubuh saya dah lembik dan pucat. Doktor suruh saya cuba meneran dan masukkan jarinya untuk bantu saya teran. Tapi saya tidak ada rasa untuk teran walaupun sakit bersalin seperti ini sepatutnya saya sudah pun boleh meneran dan bayi akan keluar dengan mudah. Doktor nasihatkan saya untuk masuk bilik pembedahan kerana ini kes emergency.

Jam 8.05 malam doktor selamat mengeluarkan bayi saya yang hanya bersaiz 2.59kg dan katanya tali pusat terbelit di pinggang manakala mukanya pula mengadap pintu serviks menyebabkan dia tersekat untuk keluar. Kesian baby keluar keadaannya sudah hampir biru. Nasib baik doktor bertindak pantas membuat keputusan untuk melakukan pembedahan walaupun saya berasa kecewa dengan kelahiran bayi ke-3 ini memerlukan c-sec.


Namun, pengalaman pertama ini membuatkan saya menjalani sesuatu yang baru untuk pulih selepas pembedahan. Saya sudah pun rasa perbezaannya antara bersalin normal dan caeserian. Namun amalan berpantang masih sama dan yang lebih istimewa ialah PEMAKAIAN PREMIUM BEAUTIFUL dalam masa berpantang memberikan saya kesihatan, kekuatan dan kecantikan untuk kembali seperti sebelum mengandung.


Saya mulakan pemakaian selepas betul-betul rasa pulih di bahagian luka luar 3-4 minggu selepas bersalin. Jika bersalin normal, seminggu lepas bersalin saya sudah memakai set PB ini. Pengalamannya, ia mampu menyingkirkan keputihan, pinggang sudah tidak sakit, badan sentiasa kekal dalam suhu normal, mengeluarkan darah kotor dengan cepat dan yang paling penting, kesihatan dalaman wanita juga sudah pulih, dan diperakui oleh suami sendiri....

Dapatkan konsultasi dari doktor anda dan jika anda ingin merasakan perbezaannya, cubalah......... 

Total Pageviews