Hai-O

Hai-O
Hai-O My Choice For Life

7/30/2011

Boleh Pakai Bengkung Lepas Bersalin C-Sec?

Baru lepas bersalin melalui pembedahan?? Kronologi sebenar kehebatan Premium Beautiful terbongkar!!!

Gambar sekadar hiasan. Bukan I punya, credit to Mr Google.
Para ibu dan bapa sekalian, tahukah bagaimana rupanya parut bersalin caeserian?

Hari ni genap 60 hari saya bersalin secara caeserian. Baby selamat dan alhamdulillah saya juga sihat. Buat pertama kali saya melahirkan bayi ikut 'tingkap', merupakan pengalaman yang mengerikan dan mengujakan. Setelah 2 orang anakku dilahirkan secara normal, tidak sangka kali ini memberikan pengalaman yang berbeza untuk saya. 

Pada mulanya saya rasa sangat bersedia untuk masuk ke bilik labor kerana tarikh telah diberikan oleh doktor seminggu sebelum tarikh saya melahirkan 1 Jun 2011. Setelah selesai mendaftar masuk wad di Ipoh Specialist Hospital KPJ, saya masuk bilik bersalin untuk menunggu saat kelahiran pada jam 10.00 pagi. Pada ketika itu hanya terasa mild contraction saja dan doktor pun pecahkan air ketuban dan masukkan air melalui tiub di belakang tangan saya (induce). 

Mengikut pengalaman lepas,saya hanya perlukan 4 jam selepas induce untuk mengeluarkan baby. Malangnya bukaan pada jam 2 petang masih 3cm. Saya hairan namun tetap terus berdoa supaya dipermudahkan oleh-Nya. Yang menambahkan pilu hati saya, anak sulung saya Nur Insyirah menunggu dengan penuh sabar di luar bilik bersalin tanpa mama dan papanya. Dia nak ikut tengok mama bersalin dan jadi orang pertama yang tengok baby, katanya. Papa nak hantar dia balik tapi dia enggan dan masih menunggu hingga jam 5 ptg.

Jam 5 ptg, bukaan serviks masih tidak banyak progres, 5cm dan mulai berhenti untuk bertambah. Sakit contraction semakin kuat kerana sudah 2 botol air ditukar nurse dan 2 suntikan sedatif untuk tahan sakit diberikan. Surah Yasin sudah kubaca 3 kali walaupun dalam keadaan sangat sakit sehingga tidak keluar suara dan peluh menitik-nitik di dalam bilik air-cond. Suami tetap setia memberikan sokongan dan bantu saya untuk sedut gas masa contraction datang setiap 2 minit.

Jam 7.30 malam, tubuh saya dah lembik dan pucat. Doktor suruh saya cuba meneran dan masukkan jarinya untuk bantu saya teran. Tapi saya tidak ada rasa untuk teran walaupun sakit bersalin seperti ini sepatutnya saya sudah pun boleh meneran dan bayi akan keluar dengan mudah. Doktor nasihatkan saya untuk masuk bilik pembedahan kerana ini kes emergency.

Jam 8.05 malam doktor selamat mengeluarkan bayi saya yang hanya bersaiz 2.59kg dan katanya tali pusat terbelit di pinggang manakala mukanya pula mengadap pintu serviks menyebabkan dia tersekat untuk keluar. Kesian baby keluar keadaannya sudah hampir biru. Nasib baik doktor bertindak pantas membuat keputusan untuk melakukan pembedahan walaupun saya berasa kecewa dengan kelahiran bayi ke-3 ini memerlukan c-sec.


Namun, pengalaman pertama ini membuatkan saya menjalani sesuatu yang baru untuk pulih selepas pembedahan. Saya sudah pun rasa perbezaannya antara bersalin normal dan caeserian. Namun amalan berpantang masih sama dan yang lebih istimewa ialah PEMAKAIAN PREMIUM BEAUTIFUL dalam masa berpantang memberikan saya kesihatan, kekuatan dan kecantikan untuk kembali seperti sebelum mengandung.


Saya mulakan pemakaian selepas betul-betul rasa pulih di bahagian luka luar 3-4 minggu selepas bersalin. Jika bersalin normal, seminggu lepas bersalin saya sudah memakai set PB ini. Pengalamannya, ia mampu menyingkirkan keputihan, pinggang sudah tidak sakit, badan sentiasa kekal dalam suhu normal, mengeluarkan darah kotor dengan cepat dan yang paling penting, kesihatan dalaman wanita juga sudah pulih, dan diperakui oleh suami sendiri....

Dapatkan konsultasi dari doktor anda dan jika anda ingin merasakan perbezaannya, cubalah......... 

7/02/2011

Bio Aura Water Filter -Harga Promosi Penapis Air Bermineral

Salam 1 Malaysia!!..

Bagi anda yang masih tercari-cari penapis air untuk kegunaan harian di rumah anda, inilah berita baik untuk anda.
Saya menawarkan harga promosi pecah telor untuk mereka yang berminat.
  • Miliki penapis air ajaib ini dengan harga mampu milik. 
  • Selain itu anda juga mampu mencegah dan merawat penyakit. Memang banyak 'benefit' penapis air ni, tapi yang paling berkesan buat saya ialah "TAK MIGRAIN LAGI" dan "RASA AIR LEMAK MANIS".
  • Rasa air sangat berbeza kalau dibandingkan dengan air R.O yang selalu kita beli dengan harga murah tu...bila minum rasa pahit dan tak hilang dahaga. (Ini berdasarkan pengalaman sebab saya juga pernah menggunakan air RO sebagai air minuman kami di rumah yang berharga RM3 setong biru. Memang murah tapi tiada khasiat dan berasid; tidak bagus untuk tubuh. Air perlu beralkali untuk kesihatan tubuh sebenar.
  • Kualiti air yang disalurkan ke rumah kita belum tentu bersih walaupun warnanya jernih (Tapi selalunya keruh).Jadi pastikan kita minum dan berikan anak-anak kita air yang sihat.
  • Penapis air ini ada 6 filter untuk memastikan penapisan yang optimum.
Harga RM1500. Harga asal RM2080. Boleh runding..cash on delivery.
HANYA TINGGAL SATU UNIT SAJA LAGI....

SMS ON BIO AURA dan hantarkan ke 012-2673095. Untuk lebih kos efektif, emel pun boleh...imtiaz_putri@yahoo.com.

5/11/2011

Protection Creme for Your Face & Neck..On Sale..

We are still in Mother's Day atmosphere and Father's Day is fast approaching. So I would like to cover a few of my favorite things on the blog. I'd like to write about one product which is good and effective to me. Today I'm going to tell you about
La Praise Sun Protector SPF30++ from Switzerland and distributed by Hai-O Marketing.

I recently had a chance to try it (already 6 months using it), and I love their mild structure and it is not oily. It's so refreshing when applied to your face, and I swear it makes you look better. It definitely relieves stress, it's that amazing good scent; it has a freeing effect. I'm addicted!

This product is supposed to have an anti-aging effect, so if you're crawling up there in years (a-hem!) it's a good product to throw into your beauty routine. I've been using it for about a month and I've received compliments about the appearance of my skin; but most of all I feel beautiful after applying it. More importantly this product does not have a expensive price tag, affordable, it's easy to reason including it in your skin care routine.

SPF protection 30 PA +++ shields skin from harmful darkening effects of UV rays. The addition of rice germ oil and squalane (olive) keep your skin hydrated throughout the day.

Here are a few suggestions for when to apply:
  • cleanse your face and apply toner
  • apply La Praise Sun Protector SPF30++ around your face & neck
  • put on your make up as usual and taraaaaaa......you are ready for work...
Here you are:

Do contact me for further info on this miracle product.
For a short time offer ~ FREE SHIPPING WITHIN SEMENANJUNG MALAYSIA
HURRY!!!

5/09/2011

Beautiful Di Luar, Beautiful Di Dalam...

Kenapa setiap wanita ingin kecantikan? Sebab dengan kecantikan wanita akan dapat keyakinan dan perhatian. Tapi kenapa susah sangat nak invest sesuatu yang dijamin kulitinya untuk kegunaan seumur hidup?

Keluhan atau alasan yang selalu saya terima dari kawan-kawan sebelum mencuba dan membeli Premium Beautiful:

Mahal sangat
Jika harga barang ini mahal tapi terjamin dari segi kualiti dan brandnya sudah tersohor, siap dengan warranty lagi, apa yang nak ditakutkan. Silap-silap barang mahal ini jadi lebih murah dari baju dalam pelangsing biasa di pasaran yang anda beli, setiap tahun kena tukar. Kalau beli handphone AP set bandingkan dengan beli original, warranty handset cuma dapat dekat kedai yang anda beli sahaja, kan? Cukuplah membazir. Beli Premium Beautiful dan pakai seumur hidup...

Susah nak pakai. Rasa macam kena jerut.


Kalau nak kecapi kejayaan memang akan susah pada mulanya. Biasanya pemakai Premium Beautiful baru akan mengambil masa selama 10-15 minit untuk pakai sebelum memakai baju. Tapi, selepas seminggu, saya jamin kalau nak pegi tandas, 5 minit sudah cukup untuk anda buka dan pakai semula. Senang jer...

Betul ke boleh kurus ni?
Testimoni dah berlambak yang bercerita tentang keberkesanan produk ni. Lagipun tak payah makan-makan pil,cuma pakai baju dalam dan konsisten bila memakai. Setiap sudut rekaan Premium Beautiful telah menepati dan mengambil kira susuk tubuh wanita berdasarkan kiraan ukuran saiz tubuh anda yang betul. Dalam seminggu, kawan saya yang pakai boleh turun 5 kg. Yang dah anak 6 pula kata lepas pakai sebulan, suami dia komen "Ayang macam anak dara"...Tersipu malu dia cerita kat saya.

Bagaimana rupa Premium Beautiful
Regangan mengikut apa saja saiz tubuh anda
4 bahagian fizikal anda yang betul-betul beri perubahan kepada penampilan anda:
  • Payudara-dada anda akan disokong oleh besi keluli yang direka untuk menampung buah dada dan membentuk lebihan daging dari melimpah keluar dari cup dan menggeleber ke tepi bawah ketiak. (normal bagi semua wanita termasuk orang yang kurus, tapi kalau takder spare tyre bawah ketiak ni lagi cun!!!)
  • Abdomen- bahagian perut anda akan mengempis kerana sekumpulan lemak yang jatuh ke bahagian atas ari-ari anda (perut berlapis) akan dinaikkan oleh pemakaian Long Girdle dan dikukuhkan lagi dengan Waist Nipper yang berfungsi untuk membentuk tulang belakang bagi mendapatkan postur yang baik.
  • Punggung-Rekaan belakang Long Girdle berbentuk Love berfungsi untuk menaikkan punggung yag jatuh dan terletak di dala kawasan yang sepatutnya. Proses pembuanan toksik melalui perpeluhan tidak akan memberi kesan kegatalan kerana kehalusan fabrik ringan tekologi Akwatek & Akwadyne mampu mengurangkan keputihan.
  • Paha- bahagian ini yang paling ditakuti oleh para wanita kerana ia akan menampakkan keadaan kaki yang tidak cantik dan pendek kerana lemak terkumpul di belakang peha. Long girdle mampu membentuk kontur kaki yang menguncup tetapi tidak terlalu ketat bagi memberikan keselesaan kepada pemakai dan mengelakkan dari melecet apabila berjalan. 
Bukan itu saja, banyak lagi fungsi universal Premium Beautiful yang boleh digunakan sepanjang zaman bagi wanita yang inginkan perubahan. Selain cantik, anda juga mampu mengekalkan kesihatan dengan Premium Beautiful.

JANGAN BUANG MASA DAN DUIT MENCARI PRODUK LAIN. PREMIUM BEAUTIFUL BOLEH DIMILIKI OLEH SEMUA ORANG DENGAN SKIM ANSURAN MUDAH.
EMEL imtiaz_putri@yahoo.com untuk pertanyaan.

5/03/2011

Bagaimana Cara Tidur Anda Membantu Kekalkan Kejelitaan

Terdapat pelbagai cara bagi memastikan kulit anda kelihatan cantik dan berseri setiap hari. Bagi mereka yang bekerja, pastinya waktu yang diperuntukkan untuk penjagaan kulit wajah sangat terhad. Ikuti beberapa langkah mudah untuk mengekalkan kejelitaan wajah anda:

  1. Tidur yang cukup bukan sahaja mengembalikan kejelitaan tetapi ia turut merehatkan minda dan deria yang lain. Jika kita mempunyai kulit wajah yang cantik, maka tidur yang cukup dikatakan mampu mengekalkan keadaan kulit wajah anda. Semua sel dalam tubuh akan diperbaiki ketika kita tidur. Jadi, pada keesokan paginya kita akan kelihatan cukup jelita.
  2. Untuk mendapatkan kulit wajah yang terbaik pada waktu pagi, kita perlu membersihkan wajah, buang calitan make-up dan sapukan krim malam sebelum tidur. Mengekalkan kulit yang baik adalah mudah. Gunakan masker wajah 2 kali seminggu adalah lebih baik daripada jika kita tidak melakukan apa-apa treatment pada wajah. Untuk kulit berminyak, gunakan clay mask. Manakala untuk kulit kering gunakan masker pelembap buah-buahan. Ia bukan sahaja menegangkan kulit malah mengecilkan liang pori. Kemudian bersihkan dengan air suam.
  3. Ketika tidur, pastikan kepala anda diletakkan lebih tinggi dari badan kerana ia akan mengelakkan mata anda kelihatan sembap. Apabila bangun dari tidur, cuci muka dengan pembersih muka dan sapukan krim pelembap sebelum memakai make-up. Elakkan menggunakan produk yang banyak mengandungi bahan kimia.
  4. Penjagaan kulit wajah seawal usia remaja membantu anda kelihatan muda. Dengan memakai krim pelindung matahari ketika berada di luar akan menghalang kesan buruk UV yang merosakkan kulit. Sinar UV mampu menambahkan jerawat dengan lebih cepat. Satu cara untuk mengembalikan hidarasi pada kulit ialah dengan minum air yang banyak.
Untuk kejelitaan berpanjangan, cubalah produk dari Switzerland yang dinamakan Bio-Ever™ dari Hai-O Marketing. Terbukti halal dan berkesan, produk ini menggunakan sistem bio-teknologi untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano secara terus ke dalam peredaran darah melalui penggunaan luaran pada kulit.




Teknologi Liposom Nano


Rumusan aktif Bio~Ever™ dirumuskan ke dalam liposom (sfera lipid yang kecil dan kosong) dan dihantar ke bahagian badan yang mana ia diperlukan. Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperlukan dengan tepat ke dalam badan.

Bagi yang berminat, sila hubungi saya untuk harga dan kaedah pembayaran mudah yang kami sediakan.
Cubalah, anda pasti puas hati.

4/21/2011

Ketahui Jenis Gemuk dan Keunikan Bentuk Badan

Tau tak kawan-kawan tubuh kita mempunyai tisu 'adipose' di seluruh badan. Tisu ini mengandungi sel lemak (adipocytes) yang bertugas menyimpan tenaga di dalam bentuk lemak. Pembahagian lemak badan adalah berbeza dari seorang dengan seorang yang lain. Secara amnya, terdapat 2 jenis penyimpanan lemak:
  • Visceral (di sekeliling organ tubuh)
  • Subcutaneous (di bawah kulit epidermis iaitu lebih kurang 80% dari keseluruhan lemak badan)
Biasanya bagi golongan wanita, lemak mudah terkumpul di bahagian punggung dan peha (bentuk buah pear). Bagi golongan lelaki pula biasanya lemak tertumpu di bahagian abdomen / perut (bentuk buah epal).

Bahagian Penumpuan Lemak

  • Lutut-Lemak selalu terhasil pada bahagian dalam lutut wanita
  • Lengan atas-Kebiasaan wanita mengalami pembentukan lemak di bahagian tengah sehinggalah ke bahagian atas lengan
  • Abdomen-Lemak terbentuk di sekitar kawasan pusat adalah kebiasaannya berlaku kepada lelaki dan wanita ini juga turut dihadapi bagi golongan yang kurus. Buncit perut!!
  • Bahagian dalam peha -Penyimpanan lemak di antara peha adalah biasa ditemui bagi wanita. Ia lebih terlihat kepada wanita kerana kelebaran tulang pelvis yang mempengaruhi kedudukan peha.
  • Bahagian luar peha-Kawasan yang biasanya dikunjungi selulit.
  • Punggung -Tanpa lemak di punggung, anda takkan rasa selesa untuk duduk. Walaubagaimanapun jika lemak terlalu banyak terkumpul di bahagian ini menyebabkan punggung jatuh dan tiada bentuk.
  • Dada-Di sini lemak banyak terkumpul bagi wanita. Jika berlebihan ia akan jatuh dan tidak cantik lagi kerana tiada daya sokongan di bahagian ini.
Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :

Gemuk Air
  • Badan mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
  • Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.
  • Cuba timbang waktu pagi dan malam. Jika perubahan berlaku dalam sekilogram, maknanya anda gemuk air!!
Gemuk Angin
  • Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
  • Mudah mendapat sakit kepala.
  • Apabila mengambil set ini, akan kerap mengeluarkan angin dan mengalami pening kepala pada peringkat awal.
Bagi kedua-dua jenis gemuk ini, apabila dipicit di bahagian lengan tangan anda, terasa seperti menggelembir dan lembik.

Gemuk Daging
  • Badan berasa berat dan pejal.
  • Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
  • Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin mi kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
  • Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan
Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.




Cuba tengok jenis-jenis gemuk di atas...jangan biarkan ia berlarutan...Nak pakai baju pun susah bila jalan di karpet merah....
 
Premium Beautiful bakal membantu anda membentuk tubuh idaman anda....

4/11/2011

Bengkak Payudara?? Adui sakitnya...

Bagi kebanyakan ibu yang telah melahirkan anak, biasanya disarankan supaya memberikan susu awal kepada bayi dalam tempoh sejam selepas melahirkan. Ini bagi merangsang kilang susu mengeluarkan susu bagi keperluan bayi. Tetapi adakalanya ibu yang tiada pengalaman, mereka lebih gemar untuk memberikan bayi mereka kepada nurse untuk diletakkan di dalam nurseri selepas sahaja ibu melahirkan. Oleh yang demikian, bayi akan diberikan susu formula seawal beberapa jam selepas dilahirkan. Ini menyebabkan pengeluaran susu badan ibu terbantut dan mungkin juga menyebabkan payudara membengkak kerana tidak dikeluarkan. Jika dibiarkan lebih lama, ia akan menyebabkan pembengkakan dan boleh merebak kepada berlakunya nanah di dalam payudara. Antara kesannya:
  • boleh menyebabkan ibu demam. 
  • payudara akan terasa sakit dan penuh
  • sakit dibawah ketiak dan di tepi payudara
  • bayi sukar untuk menyusu akibat berlaku kesumbatan pada lubang mengeluaran susu dari payudara
  • payudara terasa panas dan sakit berdenyut-denyut
  • kemurungan
Bagaimana mengatasi masalah bengkak payudara?
  • Lakukan urutan membulat pada bahagian payudara supaya pengaliran lancar sebelum menyusu.
  • Ambil tuala panas dan lekapkan ke sekitar payudara untuk melegakan kesakitan
  • Lekapkan kobis untuk susutkan pembengkakan
  • Keluarkan susu menggunakan tangan atau pam untuk mengosongkan payudara selepas bayi sudah kenyang.
Juga disarankan bagi ibu yang telah melahirkan, pemakaian Premium Beautiful juga mampu melegakan kesan pembengkakan ini berikutan ia dilengkapi teknologi FIR untuk membantu pengaliran darah di dalam payudara dan merangsang pengaliran susu yang baik. Cubalah, dan nikmatinya sendiri. Saya sudah mencubanya...anda bila lagi....
Penyusuan Susu Ibu Adalah Yang Terbaik
 

Total Pageviews