Hai-O

Hai-O
Hai-O My Choice For Life

3/31/2011

Berpantang dengan Berbengkung Korset Premium Beautiful

Bagi yang sedang mengandung dan menanti masa untuk melahirkan, pasti anda sudah membuat persediaan rapi bagi menantikan saat yang paling bahagia melahirkan bayi sendiri. Segala kelengkapan bayi sudah tersedia. Bagaimana pula persiapan untuk ibu sendiri? Pasti si ibu ingin tetap kelihatan cantik walaupun sedang mengandung,kan?!!
Tapi, macamana pula nak kekalkan penampilan walaupun selepas melahirkan??? Bolehkah tubuh badan kekal langsing walaupun sudah melahirkan???Suspennya...Kalau tak dapat 'figure' sebelum mengandung seperti dulu, malunya nak masuk kerja dan jumpa klien di tempat kerja...Arrgghh.....
Jangan risau.....Cubalah berpantang dengan sebaiknya dan kekalkan tahap kesihatan yang baik walaupun anda perlu menyusukan bayi dalam masa 2 bulan di rumah...macamana caranya???

Langkah pertama:

Memakai bengkung untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik seawal seminggu selepas bersalin bagi yang melahirkan secara normal; manakala selepas 3 minggu atau sebulan selepas melahirkan bagi mereka yang melahirkan secara caeserian.

Apa fungsi Premium Beautiful?
  • FIR di dalam korset ini mampu memberikan kesan tindakbalas kepada sistem peredaran darah dalam badan anda bagi mengecutkan rahim, mengeluarkan darah kotor dan juga menggalakkan pengeluaran susu.
  • Bahagian 'long girdle' juga mampu menyokong bahagian abdomen anda supaya perut tidak menggeleber dan punggung tidak jatuh dan melebar terutamanya selepas melepasi proses melahirkan yang pastinya memberikan tekanan serta kelonggaran di bahagian tertentu tubuh anda.
  • 'Waist nipper' pula menyokong kedudukan tulang pinggang anda terutamanya ketika menyusukan supaya tidak membongkok dan selesa sewaktu duduk mahupun berjalan. Latihan mengekalkan postur yang baik sepanjang 2 bulan bakal membiasakan anda untuk menghadapi susasana yang mencabar selepas mula bekerja.
  • Long Bra pula pastinya memastikan bahagian buah dada anda tidak jatuh dan keluar dari landasan kerana membawa susu yang banyak selepas melahirkan. Satu kelebihan Long Bra ialah ia akan membantu untuk menjadikan warna puting anda kembali cerah kerana tindakan hormon dalam badan ketika mengandung pastinya menjadikan puting anda berwarna gelap. Jangan biarkan.....suami tak suka....;)
Langkah kedua:
Pastikan anda mengkekalkan tahap kesihatan tubuh anda dengan makan ubat-ubatan herba atau akar kayu semasa berpantang. Saya syorkan supaya mengambil set Herba Maharani.

Apa kelebihan Herba Maharani?

  1. Menyelesaikan masalah haid tidak teratur 
  2. Menyelesaikan masalah senggugut, keputihan & kekuningan 
  3. Anti bakteria ( sekitar faraj ) 
  4. Melegakan sakit pinggang, sendi & lutut 
  5. Melegakan migrain & angin dalam badan 
  6. Menguatkan hati & buah pinggang 
  7. Melegakan asma 
  8. Baik untuk pesakit diabetes ( kencing manis ) 
  9. Menghilangkan bau mulut ( terutama waktu bangun pagi ) 
  10. Menyelesaikan masalah buasir kecil 
  11. Merangsang hormone estrogen, progesterone & androgen (hormone seks)
  12. Memberi kebahagiaan kepada pasangan
  13. Kesuburan & awet muda 
  14. Mencantik, menegang & melicinkan kulit 
  15. Menaikkan seri muka 
  16. Menegangkan payudara 
  17. Menghilangkan kelesuan & muka pucat 
  18. Melambatkan proses monopouse 
  19. Menghilangkan perpeluhan pada waktu malam 
  20. Menguatkan antibodi / imunisasi 
  21. Melancarkan peredaran darah 
  22. Amalan semasa pantang ( bersalin ) 
  23. Menambah darah selepas bersalin 
  24. Menguatkan otot-otot rahim & peranakan 
  25. Membanyakkan pengeluaran susu badan selepas bersalin 
  26. Menghilangkan urat timbul 
  27. Mengimbangi tekanan darah 
  28. Meningkatkan kecerdasan minda 
Cara makan yang disyorkan ialah 25- 50biji kecil sekali sehari. Namun, menurut kajian yang dibuat, di Malaysia, pengambilan 10 - 15 biji kecil sudah mencukupi kerana herba ini agak panas bagi sesetengah orang. Bagi yang dah biasa makan herba, bolehlah ambil 25biji , tetapi jangan melebihi 50biji sehari. 

Kurang dari 10 biji TIDAK disyorkan kerana bimbang dos tidak mencukupi.
Kesimpulannya, pengambilan diantara 10 - 25 biji kecil setiap hari mengikut kesesuaian individu itu sendiri. Kita boleh mula dengan 10 biji dulu, kalau tak rasa apa-apa , boleh makan 15biji dan seterusnya. Kebanyakkan pelanggan kata, sesuai makan 10biji sehari..ngam-ngam sekotak sebulan.

Cara pengambilan mengikut masalah tertentu.

Berikut adalah cara pengambilan Herba Maharani mengikut keadaan yang berlainan :
  • Untuk penjagaan kesihatan, mengambil selepas period dengan 1 biji bola selama 6 hari. 
  • Jika badan lemah, mengambil selepas period dengan 1 biji bola selama 12 hari atau 2 biji bola selama 5- 10 hari. 
  • Untuk Peredaran haid yang tidak tetap, mengambil pada hari ke-6 period dengan 1 atau 2 biji bola selama 20 hari. 
  • Jika berlaku ketidakselesa semasa period, mengambil 14 hari sebelum period dengan 1 atau 2 biji bola selama 14 hari. 
  • Selepas melahirkan anak, mengambil seminggu selepas melahirkan anak dengan 1 biji bola selama 10- 14 hari.


Nota:Setiap bulan makan selama 5-10 hari dan kesan produk boleh dirasai selepas 2/ 3 bulan.
Jika rasa badan ‘panas’ selepas makan, anda boleh menggunakan satu daripada cara alternatif yang berikut :
(a) minum air garam
(b) minun air kosong yang banyak
1 kotak (6 bola x 5gm ) – RM65.00
 


Keterangan lanjut, hubungi - 013-3333095 (IM) atau 012-2673095 (Zul).

3/24/2011

Korset Bahaya?Premium Beautiful macamana?

Kalau kita dengar dan perhatikan dengan betul, ramai di kalangan wanita yang bercerita tentang pakaian dalam pelangsingan badan atau lebih dikenali sebagai korset. Ada yang kata bagus, dan tidak kurang bagi mereka yang tidak suka dengan 'benda alah' ini.

Antara sebab dan alasan mengapa wanita tidak percaya kepada korset adalah seperti berikut:


• Pengecilan ke atas otot perut

• Pergeseran dinding perut

• Penekanan kepada usus

• Tekanan kepada rongga abdomen

• Penurunan kadar kapasiti paru-paru

Secara terus-terang di sini, pemakaian korset secara sembarangan dan tidak mengikut keperluan serta keupayaan diri dan tubuh boleh membawa risiko yang menggugat kesihatan si pemakai. Oleh yang demikian, adalah disarankan bahawa pemilihan dan pemakaian korset perlu dibuat secara lebih teliti bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Kelainan Premium Beautiful
Bagi yang hanya mendegar dan melihat orang yang memakai Premium Beautiful, tentu tertanya-tanya adakah efek buruk yang serupa bakal diterima oleh si pemakai. Lebih-lebih lagi jika mereka dengar info salah oleh mereka yang sering dengki dan sering berusaha melihat keburukan atau nilai negatif yang diperkatakan oleh orang lain yang telah gagal dalam urusan kehidupannya.
Mari saya jelaskan di sini, sebagai testimoni sebenar dari diri saya sendiri, Premium Beautiful telah banyak mengubah hidup saya. Dari segi bentuk dan fabrik rekaan korset PB, ia sangat memahami keperluan wanita. Bahagian yang sering dilihat bermasalah oleh para wanita seperti perut, peha, bawah lengan, payudara dan punggung telah diambilkira dalam rekaan korset ini. Saya rasa ringan dan yakin bila berjalan. Tiada lagi period pain.

Sebenarnya, apa-apa barang sekali pun kalau digunakan dan dipakai tidak mengikut keperluan diri biasanya akan membawa risiko yang tidak kita ketahui. Contohnya, DIET adalah salah satu cara para wanita gunakan untuk kelihatan kurus. Tapi jika DIET yang dilakukan keterlaluan dan tidak mengikut gaya hidup sihat, maka DIET yang dianggapa bagus ini juga akan memberi kesan negatif kepada individu tersebut.

Mengapa Premium Beautiful?


Saiz PB adalah mengikut ciri-ciri bentuk tubuh pemakai -Ukuran diambil secara teliti dari dada hingga punggung. Bermakna tiada unsur penyiksaan kepada pemakai

Kesan kesihatan segera - PB dianggap sebagai 'scanner' yang mampu memberitahu anda penyakit apa yang sedang anda alami.

"Healing crisis" yang anda alami seawal 5 minit sejurus selepas memakai PB adalah biasa dialami oleh pemakai. Seperti diawal pemakaiannya, saya mengalami sakit kepala kerana saya mempunyai penyakit migrain sejak remaja lagi. Kawan sepejabat saya pula, 10 saat selepas memakai semua bahagian PB terus terkentut di hadapan saya kerana beliau berbadan gempal dan mempunyai banyak angin di dalam badan. Seorang lagi rakan sepejabat saya pula, hampir demam kerana mempunyai masalah atritis dan angin dalam badan selepas sehari memakai PB. Pada mulanya memang mereka semua menganggap perkara ini sangat negatif, tetapi selepas pemakaian secara konsisten selama sebulan, kesan-kesan healing crisis tadi beransur hilang. KENAPA? Kerana PB bertindak mengeluarkan toksin dalam badan dengan teknologi FIR yang ada di dalamnya. Minumlah air dengan banyak supaya mudah toksik dalam badan anda dikeluarkan supaya kesihatan anda bertambah baik sekali gus membantu anda kelihatan cantik dengan bentuk tubuh yang menawan.

After Sales Service berterusan - Baru-baru ini saya diberitahu oleh rakan pejabat saya bahawa cangkuk waist nipper beliau telah tercabut dan besinya telah terkeluar. Seorang lagi rakan seuniversiti saya juga mengadu long girdle beliau terkoyak di bahagian punggung. Apa yang saya lakukan? Saya hantar kedua-dua barang tersebut ke stokis untuk repair. Setelah 2 minggu, stokis menelefon saya mengatakan barang sudah siap dibaiki. Kawan-kawan saya tadi terkejut kerana semuanya dibaiki dengan sempurna walaupun barang tersebut sudah dipakai 3 tahun, dan yang paling memeranjatkan mereka ialah semua service saya itu PERCUMA. Itulah kelebihan Premium Beautiful.

Diiktiraf oleh pakar tulang belakang Jerman. PB boleh membantu membetulkan kedudukan tulang belakang kita yang banyak dipengaruhi oleh gaya kita duduk dan berjalan. Keadaan ini yang menekan tulang belakang dan menyebabkan kita sering berasa sakit belakang. Cubalah sendiri dan rasaka perbezaannya. Anada kini boleh berjalan dengan lebih yakin dan selesa.
Jangan gusar dan ragu lagi, cubalah sendiri kehebatan produk ini.

Hubungi saya untuk testimoni dan rundingan percuma.

Sesekali nak jugak miliki bentuk badan macam model ni kan...


Dapat dada dan pinggang macam tu, fuhhh..semua baju boleh pakai................;)

3/08/2011

Mengapa Mesti Pakai Korset?

Sejak zaman 1920-an, gadis-gadis di negara barat telah pun mula memakai korset kerana mereka mahukan bentuk tubuh yang cantik ketika memakai pakain. Tidak kurang juga di Malaysia. Jika kita lihat filem-filem Melayu zaman Tan Sri P.Ramlee, heroin filem semuanya memakai korset di dalam baju kebaya mereka. Kalau tidak takkanlah perut mereka sangat ramping dan buah dada sangat tinggi terletak. Saya ada terbaca bahawa ketika Seniwati Sarimah masih muda, pinggangnya hanyalah 19 inci..Macam tak percaya....

Tidak hairanlah sehingga kini, ramai wanita memilih untuk memakai korset.

Kelebihan Memakai Baju Pembentukan Badan (Corset)

  • Memastikan postur tubuh yang baik
  • Selesa bagi wanita yang mempunyai buah dada yang besar, ia akan membantu menyokong lebihan daging dari bergoyang ketika berjalan atau melompat.
  • Membantu mengecilkan bahagian bawah abdomenyang menggelebeh atau buncit
  • Mengecilkan bahagian peha dan belakang atau bawah lengan
Keburukan Memakai Korset Yang Tidak Betul
  • Pengsan kerana panas dan tidak selesa akibat pemakaian yang tidak mengikut spesifikasi serta melampaui keperluan tubuh
  • Korset yang lemah dan tidak baik akan menyebabkan kerosakan hati dan bahagian dalam perut
  • Alahan pada kulit yang sensitif
Perbezaan Korset Premium Beautiful Berbanding Korset Yang Lain
  • Tiada istilah "Free Size" - penentuan saiz Long Bra, Long Girdle dan Waist Nipper adalah mengikut saiz badan anda dengan mengambilkira setiap inci tubuh badan si pemakai
  • "Kesihatan & Kesihatan" - terapi serentak yang dilakukan dengan teknologi F.I.R disulam dalam fabrik yang berfungsi bertindakbalas kepada peredaran darah dalam tubuh
  • Pilihan fabrik Akwatek dan Akwadyne memberikan keselesaan kerana kain berteknologi Jepun dan Jerman ini adalah berunsurkan air memastikan pengudaraan yang baik dan tidak melekit walaupun berpeluh.
Teringin memakai pakaian yang diidamkan tanpa melakukan pembedahan seperti pelakon Korea ini?

Hubungi saya untuk testimonial dan rasakan kehebatan produk ini dengan tindakbalas dalam masa 5 minit pemakaian.

2/17/2011

Premium Beautiful boleh menjaga diet anda

KUALITI FABRIK PB


REKABENTUK STEREOSKOPIK: potongan rangka badan dengan FIR melancarkan peredaran darah

SERAPAN YANG BAIK: boleh dipakai sepanjang hari tanpa terbatas oleh aktiviti yang dilakukan termasuk berjogging

KUASA LENTUR: kuasa regangan sehingga 360 darjah mengikut gerakan badan tanpa mengubah rekabentuk asal baju.



Buat wanita di luar sana, kecantikan bukan sahaja difokuskan kepada wajah semata-mata. Bentuk tubuh anda sebenarnya menjadi kayu pengukur kepada tahap kesihatan kita.


Bentuk badan yang berisi dan gempal dikhuatiri menyumbang kepada tahap kolesterol yang tinggi, penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Semua penyakit di dunia ini paling banyak dipengaruhi oleh gaya pemakanan anda. Tidak hairanlah kini ramai wanita yang ingin cantik lebih cenderung untuk menjaga diet mereka. Berdiet bukan bererti tidak makan, tetapi mengambil pemakanan yang seimbang dalam kadar sederhana.


Ironinya, ramai di kalangan wanita yang tidak mampu melakukannya kerana tidak ada daya pendesak menyebabkan kita tidak boleh menahan nafsu makan terutama bila berhadapan makanan kegemaran.

Dengan memakai PB, tubuh anda seolah-olah mempunyai ’pagar’ yang menahan dari isi tubuh melimpah keluar dari kontur yang sepatutnya, macam pasu bunga ini. Jika dimasukkan tanah di dalamnya, maka tanah itu akan mengisi ruang kosong di dalam pasu mengikut acuannya...


Anda akan berasa kenyang setelah makan dan tidak mampu untuk makan lebih. Tidak percaya? Cubalah, baru tahu.

Percubaan percuma untuk mereka yang berminat atau yang nak tanya apa-apaaaaa.

Minum Air Paip pun tak apa......tapi biarlah dengan Bio Aura

Umum pasti mengetahui kepentingan air dalam kehidupan manusia. Bukan sahaja air digunakan sebagai minuman, tetapi air juga sangat diperlukan untuk memenuhi keperluan harian manusia sejagat.


Di sini diberikan beberapa fakta yang menyebabkan mengapa air penting untuk manusia:
  1. Air penting untuk kehidupan
  2. Air berada di sekeliling kita termasuk di udara dan tanah. Ia terdapat di dalam susu, sayuran, buah-buahan, daging, daun, akar dan termasuklah dalam batu.
  3. Air digunakan dalam banyak perkara:
    • Untuk minuman - manusia harus minum 8 gelas sehari untuk kekal sihat
    • Untuk basuhan - pinggan mangkuk, kereta, baju, dan mandi mengikut keperluan.
    • Memasak 
    • Meredakan kebakaran
    • Siram tanaman / hidupan dalam air (ikan)
Dari semua senarai di atas, 4/5 daripadanya memerlukan air yang bersih. Namun, apa yang lebih menjadi perhatian kita di sini ialah sejauh mana kebersihan air minuman seharian kita mampu menjamin tahap kesihatan yang berpanjangan?

Mengapa? Kerana nutrien yang paling penting di dalam tubh manusia ialah AIR. Secara puratanya manusia hanya boleh hidup tanpa air dalam tempoh 3-5 hari tanpa air. Otak dan otot manusia merupakan 75% kandungannya adalah air. Fungsi air dalam tubuh manusia ialah membawa nutrien ke dalam sel dalam tubuh badan kita, sebagai perantara bagi peredaran darah dan pencernaan, serta membantu untuk menyingkirkan bahan buangan seperti asid laktik, urea, asid urik dan ammonia.


Namun, jika air yang kita minum adalah dari bahan yang tercemar atau tiada nutrien, bagaimana fungsi penyingkiran toksik ini dapat dilakukan dengan baik berdasarkan tahap kesihatan manusia mengikut umur?

Mungkin kita sudah biasa minum air paip yang dimasak. Tetapi tahukah anda bahawa air dari paip itu mengandungi klorin, mendapan karat, kotoran, bahan kimia dan bakteria? Memasak air paip ke suhu didih hanya mampu mematikan kuman dan bakteria, tetapi bagaimana untuk menyingkirkan kotoran dan bahan2 tercemar yg lain?

Bagi orang dewasa seperti kita mungkin TIDAK APA….tapi air ini jugalah yang anda gunakan untuk membancuh air susu anak anda…...RENUNG-RENUNGKAN.


Memang minum air paip tak apa, tapi biarlah bertapis dan bermineral....
Apa sifat penapis air yang baik?

  1. TIDAK MENGGUNAKAN TENGA ELEKTRIK
  2. MINERAL SECARA SEMULAJADI
  3. TIADA KANDUNGAN LOGAM BERAT DAN KLORIN BERLEBIHAN
  4. BERSIFAT ALKALI
  5. OKSIGEN YANG TINGGI
MENGAPA MEMILIH BIO-AURA? 
  1. SISTEM PENAPIS AIR BERTEKNOLOGI NANO
  2. MEMBEKALKAN OKSIGEN YG TINGGI KE DALAM TUBUH
  3. BERALKALI DENGAN PH>8
  4. MENGANDUNGI MINERAL YANG DIPERLUKAN DALAM BADAN
  5. MENGANDUNGI TENAGA YANG TINGGI
Penapis air mampu milik rakyat Malaysia. Kaedah bayaran fleksibel mengikut kemampuan anda. Pilih kaedah bayaran dan penghantaran percuma ke rumah anda.

Harga pasaran: RM2080.

Hubungi saya untuk rundingan percuma.

2/02/2011

FIR PENTING KEPADA KESIHATAN DAN KEHIDUPAN MANUSIA

FAR IFRA RED RAYS....
  • Bermaksud : Spektrum Elektromagnet yang sangat serasi dan mudah diserap oleh tubuh manusia. Cahaya FIR hadir dengan kuantiti yang banyak dari matahari pada waktu pagi dan petang.
  • FIR diserap oleh tubuh manusia melalui "Penyerapan Resonan". Resonan sel badan and cahaya FIR adalah bergetar pada frekuensi yang sama menyebabkan TENAGA FIR sangat mudah diserap ke dalam sel badan.

  • FIR dari fabrik Premium Beautiful memasuki ke bahagian tisu otot sedalam 4-7 cm.

  • FIR bertindak dari dalam tubuh badan dan bukan sekadar pada permukaan kulit semata-mata.

Kelebihan terapi FIR dalam fabrik Premium Beautiful:

Penetrasi F.I.R dari fabrik Premium Beautiful ke dalam tisu otot

• Tidak mengandungi dadah

• Meningkatkan metabolisme

• Meningkatkan pengaliran darah

• Mengurangkan tekanan darah tinggi

• Menyingkirkan toksin dari bahagian limpa

• Mengurangkan tahap keasidan tubuh

• Mengurangkan kesakitan akibat dari athritis

• Meningkatkan keanjalan kolagen

• Sumber bantuan mengawal berat badan

• Mengurangkan tekanan migrain

• Mengurangkan kesan kulti terbakar dan parut

• Mengurangkan selulit

Panjang saluran darah dalam tubuh manusia menjangkau 60,000km dan darah perlu mengalir secara berterusan tanpa sebarang gangguan pengaliran melalui kapilari dan urat saraf secara harian. Mengapa tidak ambil kelebihan dari sumber semulajadi ini?
Segala-galanya ada di dalam Premium Beautiful….
Whole Life warranty…….

Hubungi Pn Imtiaz 013-3333095 untuk rundingan Premium Beautiful percuma.

Total Pageviews