Hai-O

Hai-O
Hai-O My Choice For Life

7/30/2011

Boleh Pakai Bengkung Lepas Bersalin C-Sec?

Baru lepas bersalin melalui pembedahan?? Kronologi sebenar kehebatan Premium Beautiful terbongkar!!!

Gambar sekadar hiasan. Bukan I punya, credit to Mr Google.
Para ibu dan bapa sekalian, tahukah bagaimana rupanya parut bersalin caeserian?

Hari ni genap 60 hari saya bersalin secara caeserian. Baby selamat dan alhamdulillah saya juga sihat. Buat pertama kali saya melahirkan bayi ikut 'tingkap', merupakan pengalaman yang mengerikan dan mengujakan. Setelah 2 orang anakku dilahirkan secara normal, tidak sangka kali ini memberikan pengalaman yang berbeza untuk saya. 

Pada mulanya saya rasa sangat bersedia untuk masuk ke bilik labor kerana tarikh telah diberikan oleh doktor seminggu sebelum tarikh saya melahirkan 1 Jun 2011. Setelah selesai mendaftar masuk wad di Ipoh Specialist Hospital KPJ, saya masuk bilik bersalin untuk menunggu saat kelahiran pada jam 10.00 pagi. Pada ketika itu hanya terasa mild contraction saja dan doktor pun pecahkan air ketuban dan masukkan air melalui tiub di belakang tangan saya (induce). 

Mengikut pengalaman lepas,saya hanya perlukan 4 jam selepas induce untuk mengeluarkan baby. Malangnya bukaan pada jam 2 petang masih 3cm. Saya hairan namun tetap terus berdoa supaya dipermudahkan oleh-Nya. Yang menambahkan pilu hati saya, anak sulung saya Nur Insyirah menunggu dengan penuh sabar di luar bilik bersalin tanpa mama dan papanya. Dia nak ikut tengok mama bersalin dan jadi orang pertama yang tengok baby, katanya. Papa nak hantar dia balik tapi dia enggan dan masih menunggu hingga jam 5 ptg.

Jam 5 ptg, bukaan serviks masih tidak banyak progres, 5cm dan mulai berhenti untuk bertambah. Sakit contraction semakin kuat kerana sudah 2 botol air ditukar nurse dan 2 suntikan sedatif untuk tahan sakit diberikan. Surah Yasin sudah kubaca 3 kali walaupun dalam keadaan sangat sakit sehingga tidak keluar suara dan peluh menitik-nitik di dalam bilik air-cond. Suami tetap setia memberikan sokongan dan bantu saya untuk sedut gas masa contraction datang setiap 2 minit.

Jam 7.30 malam, tubuh saya dah lembik dan pucat. Doktor suruh saya cuba meneran dan masukkan jarinya untuk bantu saya teran. Tapi saya tidak ada rasa untuk teran walaupun sakit bersalin seperti ini sepatutnya saya sudah pun boleh meneran dan bayi akan keluar dengan mudah. Doktor nasihatkan saya untuk masuk bilik pembedahan kerana ini kes emergency.

Jam 8.05 malam doktor selamat mengeluarkan bayi saya yang hanya bersaiz 2.59kg dan katanya tali pusat terbelit di pinggang manakala mukanya pula mengadap pintu serviks menyebabkan dia tersekat untuk keluar. Kesian baby keluar keadaannya sudah hampir biru. Nasib baik doktor bertindak pantas membuat keputusan untuk melakukan pembedahan walaupun saya berasa kecewa dengan kelahiran bayi ke-3 ini memerlukan c-sec.


Namun, pengalaman pertama ini membuatkan saya menjalani sesuatu yang baru untuk pulih selepas pembedahan. Saya sudah pun rasa perbezaannya antara bersalin normal dan caeserian. Namun amalan berpantang masih sama dan yang lebih istimewa ialah PEMAKAIAN PREMIUM BEAUTIFUL dalam masa berpantang memberikan saya kesihatan, kekuatan dan kecantikan untuk kembali seperti sebelum mengandung.


Saya mulakan pemakaian selepas betul-betul rasa pulih di bahagian luka luar 3-4 minggu selepas bersalin. Jika bersalin normal, seminggu lepas bersalin saya sudah memakai set PB ini. Pengalamannya, ia mampu menyingkirkan keputihan, pinggang sudah tidak sakit, badan sentiasa kekal dalam suhu normal, mengeluarkan darah kotor dengan cepat dan yang paling penting, kesihatan dalaman wanita juga sudah pulih, dan diperakui oleh suami sendiri....

Dapatkan konsultasi dari doktor anda dan jika anda ingin merasakan perbezaannya, cubalah......... 

7/02/2011

Bio Aura Water Filter -Harga Promosi Penapis Air Bermineral

Salam 1 Malaysia!!..

Bagi anda yang masih tercari-cari penapis air untuk kegunaan harian di rumah anda, inilah berita baik untuk anda.
Saya menawarkan harga promosi pecah telor untuk mereka yang berminat.
  • Miliki penapis air ajaib ini dengan harga mampu milik. 
  • Selain itu anda juga mampu mencegah dan merawat penyakit. Memang banyak 'benefit' penapis air ni, tapi yang paling berkesan buat saya ialah "TAK MIGRAIN LAGI" dan "RASA AIR LEMAK MANIS".
  • Rasa air sangat berbeza kalau dibandingkan dengan air R.O yang selalu kita beli dengan harga murah tu...bila minum rasa pahit dan tak hilang dahaga. (Ini berdasarkan pengalaman sebab saya juga pernah menggunakan air RO sebagai air minuman kami di rumah yang berharga RM3 setong biru. Memang murah tapi tiada khasiat dan berasid; tidak bagus untuk tubuh. Air perlu beralkali untuk kesihatan tubuh sebenar.
  • Kualiti air yang disalurkan ke rumah kita belum tentu bersih walaupun warnanya jernih (Tapi selalunya keruh).Jadi pastikan kita minum dan berikan anak-anak kita air yang sihat.
  • Penapis air ini ada 6 filter untuk memastikan penapisan yang optimum.
Harga RM1500. Harga asal RM2080. Boleh runding..cash on delivery.
HANYA TINGGAL SATU UNIT SAJA LAGI....

SMS ON BIO AURA dan hantarkan ke 012-2673095. Untuk lebih kos efektif, emel pun boleh...imtiaz_putri@yahoo.com.

Total Pageviews