Hai-O

Hai-O
Hai-O My Choice For Life

4/11/2011

Bengkak Payudara?? Adui sakitnya...

Bagi kebanyakan ibu yang telah melahirkan anak, biasanya disarankan supaya memberikan susu awal kepada bayi dalam tempoh sejam selepas melahirkan. Ini bagi merangsang kilang susu mengeluarkan susu bagi keperluan bayi. Tetapi adakalanya ibu yang tiada pengalaman, mereka lebih gemar untuk memberikan bayi mereka kepada nurse untuk diletakkan di dalam nurseri selepas sahaja ibu melahirkan. Oleh yang demikian, bayi akan diberikan susu formula seawal beberapa jam selepas dilahirkan. Ini menyebabkan pengeluaran susu badan ibu terbantut dan mungkin juga menyebabkan payudara membengkak kerana tidak dikeluarkan. Jika dibiarkan lebih lama, ia akan menyebabkan pembengkakan dan boleh merebak kepada berlakunya nanah di dalam payudara. Antara kesannya:
  • boleh menyebabkan ibu demam. 
  • payudara akan terasa sakit dan penuh
  • sakit dibawah ketiak dan di tepi payudara
  • bayi sukar untuk menyusu akibat berlaku kesumbatan pada lubang mengeluaran susu dari payudara
  • payudara terasa panas dan sakit berdenyut-denyut
  • kemurungan
Bagaimana mengatasi masalah bengkak payudara?
  • Lakukan urutan membulat pada bahagian payudara supaya pengaliran lancar sebelum menyusu.
  • Ambil tuala panas dan lekapkan ke sekitar payudara untuk melegakan kesakitan
  • Lekapkan kobis untuk susutkan pembengkakan
  • Keluarkan susu menggunakan tangan atau pam untuk mengosongkan payudara selepas bayi sudah kenyang.
Juga disarankan bagi ibu yang telah melahirkan, pemakaian Premium Beautiful juga mampu melegakan kesan pembengkakan ini berikutan ia dilengkapi teknologi FIR untuk membantu pengaliran darah di dalam payudara dan merangsang pengaliran susu yang baik. Cubalah, dan nikmatinya sendiri. Saya sudah mencubanya...anda bila lagi....
Penyusuan Susu Ibu Adalah Yang Terbaik
 

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews