Hai-O

Hai-O
Hai-O My Choice For Life

1/27/2010

Toyota Wish..I wish I can buy Wish...

Bulan Julai 2009 meninggalkan memori paling manis dalam hidup aku. Melangkah masuk ke dalam showroom kereta mewah adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas dalam fikiran aku sejak dilahirkan. Namun, cita-cita masih ada. Tak sangka dengan doa berterusan serta usaha yang jitu, alhamdulillah..dapat juga saya merasa memiliki kereta MPV Toyota Wish.

Duduk di dalam kereta itu sudah terasa auranya. Suami yang pertama kali bawa keluar dan memandu Wish tiba-tiba memberi peluang kepada saya untuk memandu ke rumah....menitis air mata kegembiraan sewaktu menjejak pedal minyak.

Merenung kembali sewaktu berurusan dengan jurujual berbangsa cina di showroom itu. "Encik mahu beli kereta apa?"."Mahu tengok saja...Toyota Wish ini berapa harga?"..jawab suamiku sambil tersenyum.

Sambil meneruskan perbincangan, saya terlihat satu pasangan Melayu suami dan isteri yang juga turut sedang meninjau Toyota Wish white pearl 2.0. Lalu saya bertanya pada isterinya, "Puan beli kereta apa?" ..."Wish yang hujung tu, dah bayar semua. Minggu depan boleh ambillah", katanya. Aku bertanya lagi,"Kerja kat mana?".
"Mengajar"..jawabnya...kami sama-sama tersenyum...bunyinya macam sama dengan niat kami....Lalu tanpa buang masa aku tanya lagi untuk dapatkan klu yang lebih tepat..."Tempah plat ke? Hujungnya no apa?". Dia menjawab sambil tersenyum lagi "369". Kami sama-sama ketawa dan berkata.."Samalah..sekapal la kita ni..".Sambil bersalaman dan berkongsi cerita, jurujual cina tersebut datang dan berkata, " Kalau orang melayu yang datang mahu beli kereta mewah haa..mesti orang Hai-O punya. Semalam saya baru lepas jual BMW 5series sama itu Hai-O punya orang....

Suami excited mendengarnya seakan tidak percaya lalu bertanya lagi kepada cina tersebut."Boleh saya booking dengan slip bonus Hai-O ka?", suami ku menunjukkan slip 3 bulan bonus miliknya kepada jurujual tersebut. Cina itu berkata, "Kalau ini macam...boleh looorr..Itu tadi punya couple pun 3 bulan punya RM30k loo....".

Hebat,kan...saya belum la sampai tahap tu lagi..tapi insyallah..bakal ke situ juga...

---Berjumpa di Puncak Kejayaan---
Assalamualaikum

1 comment:

  1. percaya atau tidakkk...rezeki dalam berniaga 9/10...marilah sama-sama kita buat..

    ReplyDelete

Total Pageviews