Hai-O

Hai-O
Hai-O My Choice For Life

5/03/2011

Bagaimana Cara Tidur Anda Membantu Kekalkan Kejelitaan

Terdapat pelbagai cara bagi memastikan kulit anda kelihatan cantik dan berseri setiap hari. Bagi mereka yang bekerja, pastinya waktu yang diperuntukkan untuk penjagaan kulit wajah sangat terhad. Ikuti beberapa langkah mudah untuk mengekalkan kejelitaan wajah anda:

  1. Tidur yang cukup bukan sahaja mengembalikan kejelitaan tetapi ia turut merehatkan minda dan deria yang lain. Jika kita mempunyai kulit wajah yang cantik, maka tidur yang cukup dikatakan mampu mengekalkan keadaan kulit wajah anda. Semua sel dalam tubuh akan diperbaiki ketika kita tidur. Jadi, pada keesokan paginya kita akan kelihatan cukup jelita.
  2. Untuk mendapatkan kulit wajah yang terbaik pada waktu pagi, kita perlu membersihkan wajah, buang calitan make-up dan sapukan krim malam sebelum tidur. Mengekalkan kulit yang baik adalah mudah. Gunakan masker wajah 2 kali seminggu adalah lebih baik daripada jika kita tidak melakukan apa-apa treatment pada wajah. Untuk kulit berminyak, gunakan clay mask. Manakala untuk kulit kering gunakan masker pelembap buah-buahan. Ia bukan sahaja menegangkan kulit malah mengecilkan liang pori. Kemudian bersihkan dengan air suam.
  3. Ketika tidur, pastikan kepala anda diletakkan lebih tinggi dari badan kerana ia akan mengelakkan mata anda kelihatan sembap. Apabila bangun dari tidur, cuci muka dengan pembersih muka dan sapukan krim pelembap sebelum memakai make-up. Elakkan menggunakan produk yang banyak mengandungi bahan kimia.
  4. Penjagaan kulit wajah seawal usia remaja membantu anda kelihatan muda. Dengan memakai krim pelindung matahari ketika berada di luar akan menghalang kesan buruk UV yang merosakkan kulit. Sinar UV mampu menambahkan jerawat dengan lebih cepat. Satu cara untuk mengembalikan hidarasi pada kulit ialah dengan minum air yang banyak.
Untuk kejelitaan berpanjangan, cubalah produk dari Switzerland yang dinamakan Bio-Ever™ dari Hai-O Marketing. Terbukti halal dan berkesan, produk ini menggunakan sistem bio-teknologi untuk menghantar kebaikan rumusan aktif bersaiz nano secara terus ke dalam peredaran darah melalui penggunaan luaran pada kulit.




Teknologi Liposom Nano


Rumusan aktif Bio~Ever™ dirumuskan ke dalam liposom (sfera lipid yang kecil dan kosong) dan dihantar ke bahagian badan yang mana ia diperlukan. Saiz liposom yang kecil boleh menghantar dan membebaskan rumusan aktif yang diperlukan dengan tepat ke dalam badan.

Bagi yang berminat, sila hubungi saya untuk harga dan kaedah pembayaran mudah yang kami sediakan.
Cubalah, anda pasti puas hati.

2 comments:

  1. Kalau kita mengkonsumsi Bio Ever, tetapi jam tidur kita selalu 3-4 jam sehari, apa wajah kita bisa tetap fresh?

    ReplyDelete
  2. First of all, tq for visiting my site. Tidur yang cukup amat penting untuk mendapatkan kesegaran minda dan wajah supaya dapat menjalankan fungsi otak dengan optimum.Tidur yang tidak cukup boleh membawa kepada masalah seperti kemurungan, jerawat, kurang selera makan, tekanan perasaan,makan berlebihan bagi sesetengah orang. Jadi, untuk dapatkan kesan yang baik terhadap wajah, konsumsi Bio-Ever boleh bantu untuk kekalkan ketegangan wajah di samping pengambilan makanan seimbang serta tidur yang cukup.

    ReplyDelete

Total Pageviews