Hai-O

Hai-O
Hai-O My Choice For Life

2/07/2012

EBM semasa berkursus

Sangat menggusarkan fikiran mengenangkan terpaksa meninggalkan anakku Irfan yang baru 8 bulan selama 3 hari. Tiap-tiap hari aku pasti merenung wajah Irfan dalam-dalam waktu menyusukan dia.

Adus...risaunyer..macam-macam perkara bermain dalam benakku. Boleh ker dia tidur malam tanpa menempel sebelah aku...macamana keadaan dia bila aku tak ada satu hari..adui..pedih..pedih..bukan itu saja, aku rasa sehari pun aku tak boleh tahan kalau tak dapat dukung dia...rasa macam nak sasau.

Aku terpaksa ke Bukit Gambang Resort menghadiri kongres pejabatku selama 3 hari 2 malam. Buat masa ini aku sedang berusaha sedaya upaya untuk membekalkan EBM untuk simpanan Irfan. Aku tak tahu cukup atau tidak tapi apa yang mampu aku lakukan ialah memaksimakan masa untuk memerah susu di pejabat.

Dari bahan bacaan aku dan pengalaman menyediakan EBM untuk 2 orang anak sebelum ini, beberapa perkara perlu aku lakukan untuk stok EBM semasa berkursus atau berjauhan dari baby:



  • Aku akan bawa 2 jenis pam iaitu manual (Avent) dan electrik (Spectra3) supaya di mana saja dan apa sahaja keadaan aku boleh memerah susu.
  • Sesampai di hotel, aku kena cari freezer untuk simpanan stok EBM. Jika tiada freezer di dalam bilik hotel, aku kena make sure EBM boleh disimpan di kitchen hotel.
  • EBM yang diperah dari pagi hingga malam akan aku letak dalam cooler bag yang mengandungi icepack yang bertahan selama 8 jam. Apabila berkesempatan, susu akan kuhantar ke kitchen / bilik hotel yang ada freezer.
  • Ice pack perlu diambil semula dari kitchen sebelum kitchen tutup supaya aku boleh simpan EBM di dalam cooler bag jika di dalam bilik hotel tiada freezer.
  • Susu akan aku perah3-4 kali sehari atau setidak-tidaknya pada waktu tea-break, lunch/solat, petang dan sebelum tidur.
  • Semua susu yang diperah pada malam hari akan ku simpan dalam freezer apabila kitchen dibuka.
Semua ibu nakkan yang terbaik untuk anak-anaknya. So, kuatkan semangat walau apa pun rintangan yang bakal dihadapi..Doakan kejayaan aku...Akan ku'update' hasil EBM semasa berkursus ini selepas kepulanganku ke rumah...Chaiyukk!!

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. huhu..klau saya pn dh sure gundah gulana terpaksa tinggalkan anak. saya pernah jgk alami situasi mcm ni, tp sy angkut skali suami ngan anak. time rehat walaupun sekejap, suami akan bawa anak kpd saya utk disusukan sbb anak tak nak menyusu dari botol bila bersama org lain, kecuali pengasuhnya shj.

    ReplyDelete
  3. memang best giler experience nie....skang dah balik dari kursus dan hasilnya...superb..rupa-rupanya lagi banyak kita pam lagi banyak susu akan dihasilkan....hahaha...saya bawak balik 2 plastik yang berisi botol susu penuh...kenyanglah baby saya.....

    ReplyDelete

Total Pageviews