Hai-O

Hai-O
Hai-O My Choice For Life

9/08/2011

Salah Pilih Bra, Payudara Terseksa


Jangan Pilih Bra Yang Salah!


Selalu kita mendengar ungkapan ini tapi pernahkah kita semak betulkah saiz bra yang kita pakai? Bukankah bra merupakan pakaian wajib kita seharian yang melekap setiap masa dari kecil hingga usia kita sekarang? Sedangkan kalau kita nak beli baju raya pun kita pilih sepuluh kali, takkan bra yang kita pakai hari-hari ni kita nak ambil remeh. Cuba kita lihat apa akibat memakai bra yang salah:
  • Bentuk payudara takde shape – pakai bra dengan saiz yang salah cup boleh membuatkan payudara hilang bentuk dan tidak elegan ketika pakai baju terutamanya ke majlis formal atau santai. Seeloknya bra perlu menyokong saiz payudara supaya tidak menggelendur hingga ke paras bawah dada.

  • Kedudukan jatuh & kendur - payudara yang merupakan asset kaum wanita boleh jadi kendur kerana memakai saiz bra yang longgar atau besar. Ramai di kalangan wanita yang memakai bra yang besar kerana merasakan ia mudah dan tidak perlu kerap menukar bra jika saiz payudara membesar. Ini perbuatan yang salah kerana ia bukan sahaja membuatkan payudara kita mengendur kerana kurang sokongan terhadap lebihan lemak ini terutamanya apabila melakukan aktiviti kecergasan dan lasak. Malah, kesilapan ini juga bakal membuatkan kulit payudara menjadi lembik dan menunduk ke bawah. Bagi wanita yang sudah mencecah lebih 30tahun, beware….anda perlu berhati-hati kerana hormone semakin tidak stabil. Lama-lama payudara tu boleh jadi menggeleber
  • Parut oleh bra ketat- ada juga yang suka memakai bra ketat sebab tak mahu menerima kenyataan payudaranya besar dan rasa malu jika orang tengok payudaranya besar. Jadi bra kecik jadi pilihan supaya breast dapat decompress dan disorokkan dalam baju. SALAH!!!Sebab bra yang kecik boleh menyebabkan timbul parut dari segi bentuk di bahagian bawah dada dan di kiri-kanan breast. Jadi lemak akan kelihatan berketul di tepi ketiak dan belakang badan. Buruk bila pakai baju kebaya, malah kelihatan selekeh bila pakai T-shirt sebab benda ‘tu’ nampak melimpah keluar, lemak lain menggeleber..
  • Postur tidak baik – ramai wanita yang kelihatan bongkok apabila berjalan dan duduk kerana salah memilih dan memakai bra. Mungkin disebabkan payudara kurang sokongan dan terasa berat, kemungkinan untuk wanita membongkok adalah pasti. Ini bukan sahaja boleh menyebabkan sakit pinggang, malah leher dan abdomen akan tertekan dan terasa sakit.
JADI, PASTIKAN ANDA MENGUKUR SAIZ BRA DENGAN BETUL KERANA PAYUDARA KITA BOLEH BERTUKAR MENGIKUT PERUBAHAN HORMON, KEHAMILAN, BERAT BADAN MENURUN, PEMBEDAHAN, USIA DAN SEBAGAINYA.

Macam Premium Beautiful Hai-O, saiz dikira mengikut ukuran puncak payudara dengan bawah payudara bagi menentukan saiz cup dan lilitan yang betul. Apa salahnya beli sekali untuk seumur hidup, kesihatan terjamin, kecantikan terpelihara…Sekarang Hai-O ada jual Short Bra tau, sesuai untuk ibu-ibu mengandung yang nak mengekalkan bentuk payudara yang cantik dan merangsang penghasilan susu ibu. Cuba ler…sementara tengah ada rebat bagi setiap pembelian.

Premium Beautiful Short Brassiere

 Keterangan lanjut, sila hubungi saya Iem 013-3333095. Harga bisa dirunding bah!!! Hot selling in market.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews